MRSM Tun Abdul Razak telah menganjurkan Pertandingan Melukis Poster Sempena Hari Pengguna 2010..poster-poster hasil daripada pertandingan ini akan dihantar bagi menyertai Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna 2010. Terdapat 217 poster yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar. Di bawah adalah sebahagian daripada poster-poster yang dihasilkan...
Kelab Pengguna MRSM Tun Abdul Razak
Anda Pengunjung Ke..
Tarikh Hari Ini
Masa Itu Emas
Tentang Kami
- Kelab Pengguna MRSM Tun Abdul Razak
- Kelab Pengguna ini di tubuhkan pada Mei 2010.Kelab ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 5.Fokus utama kelab adalah bagi meningkatkan tahap kesedaran pelajar-pelajar mengenai pendidikan berkaitan hak-hak mereka sebagai pengguna...
Hak Kita Sebagai Pengguna
- hak untuk mendapat keselamatan
- hak mendapat ganti rugi
- hak mendapatkan pendidikan pengguna
- hak mendapatkan keperluan asas
- hak mendapatkan maklumat
- hak membuat pilihan
- hak mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Followers
Blog Archive
HAK UNTUK MENDAPAT KEPERLUAN ASAS
Keperluan asas bermaksud perkhidmatan ataupun barangan yang diperlukan dalam kehidupan seharian.Keperluan asas juga merangkumi tempat tinggal ,air,makanan dan sebagainya.Bagi keperluan asas makanan,pengguna berhak untuk mendapat bekalan makanan yang mencukupi.Pengguna juga berhak untuk mendapat makanan dengan harga yang berpatutan dan juga disahkan halal oleh pihak JAKIM.Air yang bersih juga berhak untuk para pengguna supaya para pengguna dapat melakukan tugas harian mereka yang melibatkan penggunaan air.Selain itu,para pengguna juga berhak mendapat tempat tinggal yang selamat.Undang-undang yang melindungi para pengguna adalah Akta Pemaju Perumahan 1966 dan Akta Kontrak 1950.
Pada masa kini,krisis gula sering diperkatakan oleh pihak ramai.Kekurangan gula yang dihadapi oleh pengguna hampir setiap tahun telah berlarutan lamanya.Mungkin kebanyakan kita sudah lupa bila krisis gula bermula.Fenomena ini berlaku apabila penjual menyimpan gula sebagai stok sehingga kerajaan mengumumkan kenaikan harga barangg mentah.Ini akan menyebabkan mereka untung dari segi penjualan mereka.Dengan ini,pengguna akan menghadapi kesukaran terutamanya penjual kuih yang kebanyakannya menggunakan gula untuk membuat kuih.Seorang suri rumah di Kelantan terpaksa menggantikan gula dengan menggunakan susu pekat yang banyak untuk membuat air.Perkara ini juga berlaku disebabkan sikap pengguna yang panik apabila mendengar khabar angin bahawa harga barang mentah akan naik.Mereka akan berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli gula dengan jumlah yang banyak untuk dijadikan sebagai stok.Ini kerana,mereka berpendapat akan berasa lega apabila harga barang mentah naik.
HAK UNTUK MENDAPAT KESELAMATAN
Menjaga keselamatan telah menjadi satu perkara yang amat penting bagi kita semua. Tetapi dalam keselamatan untuk pengguna di Malaysia ataupun negara - negara lain merujuk kepada hak dalam mendapatkan sesuatu barangan ataupun perkhidmatan. Hal ini bermakna para pengguna mempunyai hak untuk mendapat keselamatan. Jika barang yang mereka perolehi rosak , mereka boleh menuntut kembali melalui insuran ataupun jaminan yang diluluskan oleh FOMCA dan badan - badan kerajaan yang berkaitan sahaja. Para pengguna juga boleh menuntut hak mereka jika ditipu. Ini kerana para pengguna haruslah menjaga keselamatan mereka.
Kerajaan akan memasukkan peruntukan baru dalam Akta Perlindungan Pengguna(APP) 1999 bagi memberi perlindungan tambahan kepada pengguna yang menandatangani sesuatu perjanjian pembelian.APP dipinda bagi menambah fasal baru berkenaan(terma kontrak yang tidak adil)bagi memberi hak kepada pengguna untuk mencabar perjanjian yang didapati berat sebelah walaupun telah ditandatangani misalnya pembelian kereta.Pindaan APP juga akan mengambil kira penubuhan jawatankuasa khas pemantauan pengiklanan bagi mengawal selia bentuk iklan yang mengelirukan pengguna.Kerajaan Barisan Nasional sensitif pada setiap kehendak rakyat dan bukannya seperti neger-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang seperti kerajaan Pulau Pinang yang didakwanya mengetepikan kepentingan rakyat.
HAK UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT
Pengguna berhak mendapat maklumat yang lengkap dan tepat tentang barang atau perkhidmatan yang hendak dibeli.Setiap pengguna berhak untuk mendapat maklumat tentang harga barangan yang berpatutan,mutu barangan yang terjamin,berat dan sukatan barangan yang tepat dan cara-cara mengunakan barang tersebut. Hak mendapat maklumat melindungi pengguna daripada penipuan akibat amalan-amalan perniagaan yang tidak beretika.Pengguna yang bijak akan selalu melihat pada label sebelum membeli untuk mendapat maklumat tentang tarikh luput,kandungan barangan,maklumat nutrisi,berat kandungan dan logo halal yang disahkan oleh pihak JAKIM.
Sejak kebelakangan ini,pengguna-pengguna sering tertipu tentang khasiat meminum air tapisan.Persatuan Pengguna-Pengguna Air dan Tenaga Malaysia(Wecam) mendapati sebuah syarikat penapisan air mendakwa dengan meminum air tapisan keluaran mereka,sistem imun badan dapat dipertingkatkan,mengurangkan alahan dan menyingkirkan bahan toksik yang terdapat di dalam air tersebut.Dalam satu tinjauan,Wecam juga mendapati bahawa sebuah syarikat mendakwa alat penapisan mereka dapat memecahkan molekul-molekul air menjadi partikel-partikel kecil agar ia mudah diserap oleh tubuh badan.Pernyataan ini adalah jelas palsu kerana molekul air yang dipegang oleh pengikat hidrogen tidak boleh dirungkai oleh mana-mana proses penapisan.
Tinjauan itu juga mendapati pembelian penapisan air semakin meningkat dan dakwaan palsu kini menjadi-jadi.Piarapakaran,Setiausaha Agung Wecam berkata Wecam telah mengemukakan satu memorandum Suruhanjaya Perkhidmatan Air Kebangsaan,Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan meminta mereka supaya mengambil tindakan kepada syarikat penapisan air yang memberi maklumat yang palsu hanya semata-mata ingin mengaut untung yang tinggi.Beliau menasihatkan agar para pengguna supaya menghubungi Wecam atau FOMCA untuk mendapatkan kepastian sebelum membeli alat penapisan air.
HAK UNTUK MEMBUAT PILIHAN
Sebelum membeli, pengguna berhak memilih barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga.Pengguna haruslah menitik beratkan sama ada harga barang tersebut berpatutan,barang tersebut berada di dalam keadaan yang baik,barang tersebut sesuai dan selamat digunakan dan menepati contoh barang yang diberi atau diiklankan.
HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI
Pengguna berhak untuk mendapat ganti rugi bagi sebarang penyelewengan atas barangan atau perkhidmatan yang dibeli.Pengguna boleh menuntut ganti rugi sama ada dalam bentuk wang atau penggantian barang yang dikembalikan kepada penjual.Sebagai contoh,apabila anda telah membeli makanan dalam tin dan mendapati tarikh luputnya telah luput.Anda boleh menuntut sama ada penggantian tin atau wang dikembalikan kepada anda.Pengguna boleh mendapatkan ganti rugi apabila barangan yang dibeli tidak berada dalam keadaan baik,mengandungi bahan asing yang boleh membahayakan kesihatan,mutu barang tidak seperti dijanjikan dan barang yang dibeli memudaratkan kepada pengguna.
Sejak NCCC ditubuhkan pada 2004,kesedaran orang ramai semakin meningkat walaupun masih pada tahap rendah.Sebenarnya buka sedikit kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pengguna di seluruh negara akibat penyelewengan daripada pemberi perkhidmatan.Aduan yang paling banyak diterima pada tahun lalu membabitkan penjualan langsung seperti 'gores & menang' dan cabutan bertuah iaitu sebanyak 2,713 aduan,diikuti perumahan (2,686),komunikasi dan multimedia (2,512) dan skim pelaburan (2,347).Manakala aduan tentang kualiti perkhidmatan dan makanan sebanayak 2,120.Pada tahun 2009 sahaja,terdapat sejumlah RM 210 juta nilai kerugian yang ditanggung oleh pengguna hasil daripada aduan mereka kepada pihak NCCC,manakala pada tahun 2008 pula sebanyak RM 170.Dalam kes berkaitan pembelian rumah,pihak pengguna harus lebih prihatin dengan menyemak semula semua dokumen dan syarat-syarat dalam perjanjian jual beli selain menyiasat kejayaan syarikat pemaju supaya tidak ditimpa masalah pada masa hadapan.Pihak pengguna boleh menghantar aduan dengan menghantar surat ke alamat No 1D,Bangunan SKPPK,Jalan SS91/17,47300 Petaling Jaya,Selangor dan boleh dihubungi di talian 03-78779000.Selain itu,pengguna juga boleh mengemukakan aduan melalui www.nccc.org.my atau menghantar e-mel ke nccc@org.my
HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT
Para pengguna berhak untuk menyatakan pendapat mereka melalui badan atau pergerakan pengguna.Melalui badan atau pergerakan pengguna ini,segala aduan dan rasa tidak puas hati pengguna dapat disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab.Dengan cara ini,hak dan kepentingan pengguna dapat dijamin secara berkesan.Segala aduan dapat disalurkan kepada beberapa agensi seperti NCCC,KPDNKK dan lain-lain.
HAK UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN KEPENGGUNAAN
Pengguna berhak mendapat pendidikan kepenggunaan supaya menjadi seorang pengguna yang bijak dan rasional.Pengetahuan mengenai hak-hak dan tanggungjawab pengguna boleh mengelakkan pengguna daripada ditipu oleh peniaga yang tidak beretika.Para pengguna boleh mendapatkan pendidikan kepenggunaan dengan pelbagai cara seperti melalui pendidikan formal di sekolah.Institut Pengajian Tinggi dan pendidikan informal melalui teladan oleh ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling,melalui risalah dan akhbar yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna seperti CAP dan FOMCA,melalui bengkel,seminar dan ceramah yang barkaitan dengan kepenggunaan dan juga melalui media masa.Kelab Pengguna juga telah ditubuhkan di peringkat sekolah lagi untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang pendidikan kepenggunaan.
HAK UNTUK MENDAPAT ALAM SEKITAR YANG BERSIH
Pengguna berhak mendapat persekitaran yang bersih dan sihat.Hak ini melibatkan usaha untuk mendapatkan perlindungan daripada masalah persekitaran yang di luar kawalan pengguna secara individu.Tetapi boleh dibendung jika pengguna bertindak secara kolektif.Ia memaparkan keperluan memelihara dan menlindungi alam sekitar untuk generasi masa kini dan masa hadapan sangat bergantung kepada muafakat di kalangan ahli-ahli masyarakat sepertimana perlu bagi menangani pelbagai masalah pengguna yang lain.Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk memelihara keharmonian alam sekitar seperti menggubal dan menguatkuasakan undang-undang,menerapkan unsur-unsur alam sekitar dalam kukurikulum sekolah dan menjadi ahli kepada konvensyen-konvensyen yang lain.
Pada 26 Julai setiap tahun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan Hari Pengguna Malaysia bersempena dengan pembentangan Akta Pelindungan Pengguna pada 26 Julai 1999. Acara sambutan ini telah dijalankan mulia 26 Julai hingga 1 Ogos setiap tahun.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi makluman mengenai Sambutan Hari Pengguna Malaysia yang disambut pada 26 Julai setiap tahun. Lebih daripada itu, program ini juga melibatkan anggota masyarakat daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk turut serta dalam menjayakan program Hari Pengguna Malaysia ini.
Melalui program ini penganjur mengharapkan kesedaran dan penglibatan masyarakat pengguna supaya menyedari akan hak-hak mereka dan dapat mempraktiskannya secara berhemah. Dengan adanya kesedaran ini, dapat merealisasikan hasrat negara untuk menjadikan masyarakat pengguna bijak dalam segala aspek dan secara tidak langsung dapat mewujudkan peniaga beretika. Keadaan ini akan membentuk sebuah negara yang makmur dan sejahtera.
Selain itu juga, objektif sambutan ini lebih memaparkan tanggungjawab kerajaan dan kementerian di dalam program pendidikan dan perlindungan pengguna. Persefahaman dan kerjasama yang erat antara pengguna, peniaga, kerajaan dan media massa di dalam aspek konsumerisme yang boleh membantu negara mencapai wawasan 2020.
FOMCA selaku penganjur akan menganjurkan tujuh (7) hingga lapan (8) program di peringkat nasional. Di antaranya ialah Pertandingan Mengarang Esei , Melukis Poster, Mewarna, Melukis Kartun, Folio dan "Scrap Book" untuk Kelab Pengguna Sekolah, Perbahasan Kepenggunaan antara Institusi Pengajian Tinggi dan Pertandingan Fotografi Pengguna. Semua pertandingan ini akan berlangsung selama empat (4) bulan. Manakala, Majlis Penyampaian Hadiah bagi pertandingan tersebut dijangkakan akan diadakan pada hujung Julai setiap tahun.
Pertandingan ini melibatkan sebilangan besar pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, kanak-kanak pra sekolah, mahasiswa Institut Pengajian Tinggi dan masyarakat awam secara umumnya. Pihak penganjur mensasarkan lebih daripada 50,000 penyertaan daripada penglibatan semua pihak dalam ketujuh-tujuh pertandingan ini. Tujuan utama penganjuran program-program sempena Hari Pengguna Malaysia ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kewujudan Hari Pengguna Malaysia serta memupuk semangat pengguna bijak di kalangan masyarakat. Ia juga bertujuan untuk melibatkan anggota masyarakat daripada pelbagai lapisan untuk turut serta dalam menjayakan Hari Pengguna Malaysia ini. Melalui peningkatan kesedaran dan penglibatan yang luas ini, diharapkan masyarakat akan menyedari akan hak-hak dan tanggungjawab mereka serta dapat mempraktiskannya dengan berhemat. Dengan wujudnya pengguna yang sedar akan hak-hak dan tanggungjawab mereka dan para peniaga yang beretika, maka ini dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang makmur dan sejahtera.
Rentetan pada itu, pihak penganjur turut juga mengambil kesempatan untuk menyambut Hari Hak Pengguna Sedunia. Hari Hak Pengguna Sedunia biasanya disambut pada 15 Mac setiap tahun