Pada 26 Julai setiap tahun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan Hari Pengguna Malaysia bersempena dengan pembentangan Akta Pelindungan Pengguna pada 26 Julai 1999. Acara sambutan ini telah dijalankan mulia 26 Julai hingga 1 Ogos setiap tahun.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi makluman mengenai Sambutan Hari Pengguna Malaysia yang disambut pada 26 Julai setiap tahun. Lebih daripada itu, program ini juga melibatkan anggota masyarakat daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk turut serta dalam menjayakan program Hari Pengguna Malaysia ini.
Melalui program ini penganjur mengharapkan kesedaran dan penglibatan masyarakat pengguna supaya menyedari akan hak-hak mereka dan dapat mempraktiskannya secara berhemah. Dengan adanya kesedaran ini, dapat merealisasikan hasrat negara untuk menjadikan masyarakat pengguna bijak dalam segala aspek dan secara tidak langsung dapat mewujudkan peniaga beretika. Keadaan ini akan membentuk sebuah negara yang makmur dan sejahtera.
Selain itu juga, objektif sambutan ini lebih memaparkan tanggungjawab kerajaan dan kementerian di dalam program pendidikan dan perlindungan pengguna. Persefahaman dan kerjasama yang erat antara pengguna, peniaga, kerajaan dan media massa di dalam aspek konsumerisme yang boleh membantu negara mencapai wawasan 2020.
FOMCA selaku penganjur akan menganjurkan tujuh (7) hingga lapan (8) program di peringkat nasional. Di antaranya ialah Pertandingan Mengarang Esei , Melukis Poster, Mewarna, Melukis Kartun, Folio dan "Scrap Book" untuk Kelab Pengguna Sekolah, Perbahasan Kepenggunaan antara Institusi Pengajian Tinggi dan Pertandingan Fotografi Pengguna. Semua pertandingan ini akan berlangsung selama empat (4) bulan. Manakala, Majlis Penyampaian Hadiah bagi pertandingan tersebut dijangkakan akan diadakan pada hujung Julai setiap tahun.
Pertandingan ini melibatkan sebilangan besar pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, kanak-kanak pra sekolah, mahasiswa Institut Pengajian Tinggi dan masyarakat awam secara umumnya. Pihak penganjur mensasarkan lebih daripada 50,000 penyertaan daripada penglibatan semua pihak dalam ketujuh-tujuh pertandingan ini. Tujuan utama penganjuran program-program sempena Hari Pengguna Malaysia ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kewujudan Hari Pengguna Malaysia serta memupuk semangat pengguna bijak di kalangan masyarakat. Ia juga bertujuan untuk melibatkan anggota masyarakat daripada pelbagai lapisan untuk turut serta dalam menjayakan Hari Pengguna Malaysia ini. Melalui peningkatan kesedaran dan penglibatan yang luas ini, diharapkan masyarakat akan menyedari akan hak-hak dan tanggungjawab mereka serta dapat mempraktiskannya dengan berhemat. Dengan wujudnya pengguna yang sedar akan hak-hak dan tanggungjawab mereka dan para peniaga yang beretika, maka ini dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang makmur dan sejahtera.
Rentetan pada itu, pihak penganjur turut juga mengambil kesempatan untuk menyambut Hari Hak Pengguna Sedunia. Hari Hak Pengguna Sedunia biasanya disambut pada 15 Mac setiap tahun
Anda Pengunjung Ke..
Tarikh Hari Ini
Masa Itu Emas
Tentang Kami
- Kelab Pengguna MRSM Tun Abdul Razak
- Kelab Pengguna ini di tubuhkan pada Mei 2010.Kelab ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 5.Fokus utama kelab adalah bagi meningkatkan tahap kesedaran pelajar-pelajar mengenai pendidikan berkaitan hak-hak mereka sebagai pengguna...
Hak Kita Sebagai Pengguna
- hak untuk bersuara
- hak untuk mendapat keselamatan
- hak mendapat ganti rugi
- hak mendapatkan pendidikan pengguna
- hak mendapatkan keperluan asas
- hak mendapatkan maklumat
- hak membuat pilihan
- hak mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
- hak untuk mendapat keselamatan
- hak mendapat ganti rugi
- hak mendapatkan pendidikan pengguna
- hak mendapatkan keperluan asas
- hak mendapatkan maklumat
- hak membuat pilihan
- hak mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Followers
Blog Archive
Powered by Blogger.
7:11 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment